Baru-baru ini Noli ada berkunjung ke rumah saudara mara. Biasalah bila dah jumpa mesti ada gosip. Masih bujang di usia 41 dan ketika di usia 20an banyak berjumpa dengan lelaki tidak berguna, menjadikan Noli sasaran kutukan saudara-mara.

Dulu Noli pernah kenal dengan seorang lelaki tidak guna yang kononnya serius mahu peristerikan Noli walau baharu sahaja berkenalan. Nasib baik Noli sedar bahawa dia ini ala-ala conman. Jadi Noli berjaya menyelamatkan diri. Noli tidak diapa-apakan pun. Tidak mengandung ke apa ke. Nasib baik tidak kahwin dengan dia. Tapi perkara itu buat saudara mara Noli pandang rendah pada Noli. Di hari perkahwinan anaknya yang muda remaja dan baharu graduate si bapa berkata kepada Noli, hah engkau bila lagi. Ala..kau ni jangan-jangan KENA TIPU. Noli diam saja waktu itu. Terima pandangan rendah orang seadanya.

Hari ini menantu lelaki dia tidak bekerja. Dulu dia ada buka Tutti Fruitti untuk menantunya jaga tapi songlap duit. Akhirnya Tutti Fruitti ditutup. Menantunya selepas itu tidak ada kerja dan kini kerja biasa-biasa aje. Lepas hilang kerja dekat Tutti Fruitti, menantunya ada minta kerja dengan kerajaan secara online. Itu pun dia jaja juga. Baru pohon, belum dapat lagi. Jadi siapa yang kena tipu sekarang? Sekurang-kurangnya Noli tidak kahwin dengan conman itu tapi menantunya yang tidak ada kerja tu tiap-tiap tahun buat anaknya pregnant.

Satu lagi saudara Noli ialah dua beradik perempuan mulut puaka. Mereka ada anak perempuan yang sebaya Noli.  Anak perempuan mereka kahwin pada usia 20an. Noli sampai 41 tak berlaki lagi. Depa punyalah bangga anak depa hebat dan laku. Rupanya anak perempuan yang seorang itu sudah bercerai. Dan kini kahwin dengan warga Pakistan pula. Seorang lagi pula, anak perempuannya yang sudah kematian suami kahwin dengan penagih dadah. Adoi. Baru ni kedua-dua makcik mulut puaka ini menangis mengenangkan nasib anak perempuan masing-masing.

Noli sekarang memang masih bujang pada usia 41, tapi Noli sentiasa happy tak raplah macam depa. Alhamdulillah. Jangan sangka nasib sendiri baik dan orang lain malang awal sangat…sekarang hambik kau!