Mengejar dan mencari. Satu ketika dulu hidup Noli macam ini. Mengejar dan mencari peluang terutamanya mendapat teman dan jodoh. Tapi semua itu kini menjadi sejarah. Biarpun pada usia 41 dan masih bujang Noli sudah tidak hairankan apa-apa lagi.

Bukan tidak ada insan bergelar lelaki yang berpotensi dijadikan teman jika Noli work for it and put some effort tapi kerana sudah lali dan biasa dengan hidup bersendirian Noli tidak hairan. Lebih bagus berseorangan kurang masalah.  Kalau boleh Noli selesa begini selama-lamanya. Namun takdir penentu segalanya. Serahkan semuanya kepada Allah.

Baru-baru ini ada seseorang yang Noli baru kenal bertanyakan selalunya malam minggu Noli jamming di mana? Haha. Noli cakap jamming? Saya mana ada jamming.

Mungkin manusia itu ingin tahu lifestyle Noli. Atau ingin merisik di mana Noli sering lepak. Malah jumpa kawan lama yang kini sudah jadi pegawai polis pun Noli cakap saja Noli sudah kahwin. Malas nak cerita panjang-panjang.

Dulu waktu muda kalau baru berkenalan dengan orang (lelaki) mesti hendak tahu orang tu sudah ada girlfriend atau belum bla bla bla. Sekarang kalau berurusan dengan orang pun sekadar kerja. Tak lebih dari itu.

Berbanding dengan teman Noli janda usia 45 pun masih bertukar ganti teman lelaki. Noli tidak selesa sebegitu. Noli lebih suka membaca atau mengemas rumah jika ada masa lapang berbanding dating yang kita tidak tahu apa kesudahannya.

Mungkin faktor umur dan faktor pengalaman menjadikan Noli sebegini.

Sewaktu muda Noli sangkakan bila ada teman hidup, mungkin hidup lebih indah dan sempurna tapi tanpa disedari Noli berjaya indahkan hidup Noli sendiri. Dan kini Noli tidak kisah sama ada akan temui teman hidup atau tidak kerana jiwa tetap bahagia walau hidup seorang dan bergelar andartu. Alhamdulillah.