Noli merupakan pendengar setia Nasionalfm. Satu pagi sebelum pergi kerja Noli layan radio itu dan djnya ada berikan infosihat mengenai khasiat carrot. DJ itu ada menyebut carrot susu memang sedap. Terus tekak terbayang kesedapannya.

Bila off sahaja Noli ke kedai beli dua peket carrot. Susu memang ada kat rumah. Dan pulang dari jogging selepas mandi Noli pun buatlah jus carrot tambah susu. Fulamak bestnya. Memang menyegarkan.  Kena buat lagi ni. Macam tak puas sahaja minum sekali.

Nampak gaya inile minuman kegemaran Noli sampai Noli jemu. Lagipun kalau di google di Internet carrot ada banyak khasiat dan vitamin yang baik untuk kesihatan dan kecantikan.

Harap adale manfaat yang Noli dapat selepas menjadikan carrot susu minuman kegemaran. Insya Allah