Noli memang suka minum teh tarik. Satu hari ketika berurut, Noli pernah tanya pada tukang urut yang asal dari Indonesia, apa petua untuk rambut sihat dan kurang gugur. Guna saja air teh, mudah aja non. Noli ada juga buat petua itu. Tapi seperti biasa tak berapa hendak disiplin. Tapi waktu ikut petua ini sekali atau dua kali seminggu Noli ada perasan rambut ada lebih volume lepas guna teh.

Entah macam mana bila melayari Internet baru-baru ini Noli terbaca artikel mat Salleh mengenai tea rinse. Benefits of tea rinse for hair. Langsung teringkatkan petua yang diberikan tukang urut itu. Dan Noli pun kembali komited dengan petua tu. Ha ha ha.

Kali ini Noli ikut petua tu betul-betul. Lepas basahkan rambut dengan air teh Noli akan sanggul dan bungkus kepala dengan tuala setengah jam sebelum basuh dan shampoo dengan shampoo anti hair fall Himalaya.

Baru Noli perasan teh buat rambut lebih berkilau dan lebih berombak. I love it. Dan selepas lebih rajin mengamalkan petua itu Noli rasa macam rambut Noli cepat panjang. Sudah hampir mencecah pinggang.

Lalu Noli pun cuba google maklumat dan petua apakah teh mampu memanjangkan rambut. Dan ada info yang mengatakan teh sememangnya petua untuk cepat panjangkan rambut. Patutlah dah nak sampai pinggang rambut Noli sekarang….