Dalam masa 10 hari 2014 bakal melabuhkan tirainya. Banyak kenangan manis yang tercatat dalam 2014 antara yang paling indah ialah Noli bertukar ke Putrajaya. Tempat yang Noli teringin nak berkhidmat dari dulu. Kenangan manis kedua ialah Noli dapat keputusan lulus exam JPA. Dan kenangan lain ialah hutang kad kredit bagai makin susut. Alhamdulillah. Tahun 2014 ekonomi semakin stabil. Dari segi kerjaya banyak pengalaman baharu dan pendedahan baharu yang diberikan oleh bos. Syukur ke atas semua itu. Secara umum kehidupan Noli bertambah baik pada 2014.

Dan satu lagi Noli semakin berdikari. Tidak terkejar-kejar mencari teman baharu atau mencari peneman untuk meluangkan masa. Semakin lali dengan hidup sendirian malah semakin menghargainya. Alhamdulillah.

Noli berdoa semoga kebaikan ini berterusan dalam 2015. 2015….I am ready for you…