Menutup tirai 2014, negara berhadapan dengan masalah banjir. Semoga warga Pantai Timur diberikan kesabaran yang tinggi dan kecekalan untuk menghadapi masalah ini insya Allah. Dan diharapkan kejadian banjir besar yang berlaku tahun ini akan menjadi pengajaran dan pengalaman berguna kepada semua pihak untuk lebih bersedia menghadapi musim tengkujuh di masa depan. Apa lagi Malaysia sedang menuju ke arah negara maju. Pelan persediaan menghadapi banjir pun kenalah semakin maju dari semasa ke semasa.

Banyak pihak tampil membantu mangsa banjir untuk meringankan beban yang ditanggung mereka. Pagi tadi Noli terdengar misi yang akan dilaksanakan oleh syarikat automobil Naza ke Pantai Timur. Ini tidak termasuk pelbagai NGO dan syarikat korporat yang tampil untuk menghulurkan bantuan.

Rakan-rakan Noli tanpa kira agama, latar belakang dan keturunan tidak mahu ketinggalan untuk menyumbang kepada mana-mana projek membantu mangsa banjir. Tidak kiralah dalam bentuk wang ringgit, makanan kering, makanan segera dan sebagainya.

Tapi yang menimbulkan tanda tanya ialah belum ada berita yang dibaca mengenai bantuan yang dihulurkan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC). Sebagai koridor yang bertanggunggjawab membangunkan dan membawa pelaburan di Pantai Timur, ECERDC patut membantu meringankan beban yang ditanggung oleh penduduk Pantai Timur. Takkan le pihak berkuasa Iskandar kat Johor pula nak bantu orang Pantai Timur.

Takkan nak bersama dengan penduduk Pantai Timur time happy atau time glamour saja. Time depa susah kurang-kurang bagile sokongan. Jadi sukarelawan bantu mangsa banjir ke. Bagi sumbangan seorang warga ECERDC sehelai kain batik atau kain pelikat ke.

Sudahle projek ala-ala, pelaburan pun ala-ala layan orang Pantai Timur pun ala-ala. Dia orang ni macam kawan ketika orang Pantai Timur senang saja, time orang Pantai Timur susah buat-buat tak tahu…..