Ada masa Noli memang sibuk di ofis sampai tak sempat nak baca suratkhabar atau meninjau media sosial atau menulis blog. Tapi ada masa hari Noli di pejabat sangat aman, damai dan sentosa. Tapi bila dah tak keluar mana-mana perut pun sekejap-sekejap lapar…

Bila perut lapar maka otak pun jadi kreatif. Mula memikirkan nak makan di mana. Kalau boleh malas nak memandu.

Tapi Noli malas nak makan dekat kafetaria di bangunan Noli bekerja. Ala-ala tak sesuai dengan jiwa gitu. Walau harganya boleh dikatakan berpatututan. Pelayannya pula tak tau le apa masalahnya lain yang dipesan lain yang dapat.

Pikir punya pikir dapat idea nak makan dekat bangunan tidak jauh dari pejabat Noli. Bangunan tu kena jalan kaki dalam 10 minit. Its SkyView@11. Sudahle dapat exercise jalan kaki 10 minit, dapat pula nikmati panorama yang indah sambil makan berbumbungkan langit biru serta nikmati udara segar. Makanan pula memang kena dengan perut yang sudah lapar. Pilihan bijak…

Lepas makan dan jalan kaki cepat-cepat balik ofis sebab nampak macam nak hujan. Noli balik ofis dengan hati yang gembira. Lain kali boleh buat lagi hahaha.