Bila usia sudah tua kita sering teringat benda-benda kurang cerdik (dalam kata lain bodoh) dan gila dan entah apa lagi yang dibuat di waktu muda. Sebagai perempuan umur 40an yang tak kahwin lagi mestilah Noli pernah cuba cari jodoh waktu usia masih muda. Namun, hanya Allah yang tau apa yang terbaik untuk Noli.

Baru-baru ini Noli baca suratkhabar. Ruangan rencana tajuknya 10 Tanda Anda Bertepuk Sebelah Tangan. Salah satu daripadanya ialah enggan dan mengelak cakap soal masa depan, lebih pentingkan kawan dan bla-bla bla. Haha bila Noli terbaca semua ini ada yang Noli pernah alami dengan seseorang. Namun Noli waktu itu mungkin Noli tidak beri perhatian kepada semua ini kerana semangat ingin mencuba itu terlalu tinggi agaknya.

Bila terbaca ruangan itu Noli tanya pada diri kenapa waktu itu Noli tidak perasan semua ini dan terus jauhkan diri darinya. Kenapa aku begitu bodoh waktu itu? Tapi inilah saja pun yang Noli boleh buat kerana Noli tidak boleh menukar masa lalu. Alhamdulillah sekarang Noli semakin tenang dan Noli pun dah tidak pedulikan orang itu dan boleh  tidak bertegur sapa dengannya walau berjumpa di majlis.

Noli happy kerana sekarang boleh layan orang itu seperti total stranger atau orang yang Noli tidak pernah kenal dalam hidup dan tidak perlu berurusan apa-apa lagi dengan dia.

Advertisements