Semakin kita berusia, kita akan sedar tubuh semakin berubah..Sejak mencecah umur 40an Noli mula mengalami masalah kulit kering dan kulit sensitif. Begitu juga dengan rambut.
Noli ada mengambil suplemen tertentu tapi kadang-kadang tidak cukup disiplin. Noli cuba sedaya upaya untuk beriadah sekurang-kurangnya sekali seminggu. Berurut sebulan sekali. Mendapatkan rehat dan tidur dan cukup. Dan cuba menguruskan stress dengan sebaik-mungkin. – Kadang terlajak juga gunung berapi meletup.
Baru-baru ini tubuh Noli ada beri signal ada masalah kesihatan. Noli pun mula risau. Noli pernah alami masalah ini hampir 10 tahun dulu. Agak serius. Sampai kena pergi klinik dan ambil ubat untuk jangka masa yang lama. Kena ikut nasihat doktor itu dan ini. Kena turutkan berat badan bagai…..
Sekarang masalah berulang kembali. Noli cuba untuk mengatasi masalah itu sendiri dengan memastikan Noli cuba bersenam sekurang-kurangnya setengah jam sehari, melakukan sedikit senaman plank dan rehat dan tidur yang cukup.
Alhamdulillah masalah itu kembali normal. Apa yang Noli belajar kena pastikan badan cukup senaman, rehat dan tidur…semuanya kena seimbang. Kalau tidak…susah nanti.