Sejak bertugas di Putrajaya Noli ingin disiplinkan diri untuk buat senaman jalan kaki. Tapi kadangkala terpaksa bekerja sehingga waktu malam dan harapan ini hanya tinggal harapan.

Namun, pada cuti sempena hari wilayah hari ini Noli nekad untuk berjalan kaki di Putrajaya pada waktu malam. Noli berjalan dari KKMM di precint 4 sehinggalah ke Dataran Putra berhampiran dengan Perdana Putra dan kembali ke KKMM.

Rasanya perjalanan sehala sahaja melibatkan jarak lebih kurang 4km. Maknanya pergi balik 8km. Malam itu Noli berjalan kaki bertemankan bulan penuh, angin yang bertiup dan ramai yang berjalan dan berbasikal kerana cuti umum.

Selepas menamatkan sesi berjalan kaki Noli rasa badan cukup best, hilang lenguh-lenguh dan bisa-bisa, mana yang rasa tegang di situ dan sini semua lenyap.

Apa yang penting Noli rasa selamat berjalan malam di Putrajaya. Kiosk-kiosk yang menjual minuman juga dibuka untuk kita menghilangkan dahaga setelah penat bersiar-siar.

Harap-harap Noli lebih rajin berjalan kaki di waktu malam di Putrajaya selepas ini dan semoga ia meningkatkan tahap kesihatan Noli Insya-Allah…