Cuti Tahun Baharu Cina baru-baru ini ramai yang buat perancangan ke sana sini. Noli ada jemputan majlis perkahwinan di Kampung Parit Bengkok, Grisek, Ledang. Noli ambil keputusan untuk penuhi undangan itu kerana satu, pengantinnya kawan baik dan kedua teringin hendak memandu ke sana.

Menarik juga lari dari kesibukan kota dan meninjau suasana hijau dan kedamaian kampung sekali-sekala. Selepas perjalanan berkenaan minda Noli rasa agak fresh juga. Hehe.

Kadang-kadang memandu jauh ini merupakan satu terapi dan penghilang stress atau boleh jadi a short get away. Apa lagi kalau memandu dengan kawan yang sama mentaliti dan menikmati perbualan yang menarik sepanjang perjalanan. Fuhh…memandu dari KL ke Hatyai pun Noli sanggup.

Walau perjalanan jauh, memenatkan dan kadangkala terpaksa menempuh jem. Peneman yang sesuai boleh membantu mengurangkan stress.

Begitulah pengalaman Noli baru-baru ini…bila kita travel bersama seseorang kita saling lebih mengenali antara satu sama lain. Kita akan kenal sama ada rakan berkenaan selesa untuk dibawa jalan-jalan jauh lagi atau sebaliknya. Rakan Noli baru perasan yang Noli boleh menyanyi dalam perjalanan itu kerana Noli banyak menyanyi ikut radio.

Pendeka kata apa yang Noli dapat dari perjalanan ketika cuti Tahun Baharu Cina baru-baru ini ialah melawat suasana kampung, melihat kawan baik jadi pengantin dan lebih mengenali rakan yang Noli pilih untuk mengiringi Noli memandu….selepas ini boleh ajak dia lagi….hehe insya Allah