Apabila usia semakin veteran kita tidak terlalu memerlukan rakan untuk menggembirakan diri. Kita menjadi semakin kreatif untuk merehatkan minda dan tubuh bila ada masa lapang.

Mungkin Noli silap. Tapi setakat ini Noli gembira menghabiskan masa sendirian. Bila hari off Noli akan berkunjung ke kedai makan dengan hidangan istimewa. Selepas itu Noli ke akan mencari aiskrim yang istimewa juga seperti aiskrim Magnum yang membolehkan anda mencipta aiskrim anda sendiri seperti Make Your Magnum.

Kalau badan masih rasa tidak selesa Noli akan ke spa untuk berurut atau melakukan refleksologi. Selepas itu Noli rasa bahagia kerana tidak perlu bergantung kepada orang lain untuk waktu gembira…

Hujung minggu baru-baru ini merupakan hujung minggu yang indah. Pada hari Sabtu Noli berurut untuk legakan diri dari sebarang ketegangan. Kemudian Noli pulang ke rumah dan tidur sebentar di waktu petang.

Malam minggunya Noli menghabiskan masa makan malam dan supper dengan Mee Bandung kegemaran di Restoran Haslam. Pada hari Ahad Noli menonton wayang filem Thailand: I’m Fine Thank You…Love You. Romantik komedi yang membuatkan anda ketawa dan tersenyum.

Noli sangat gembira dan bahagia kerana berjaya menceriakan diri sendiri tanpa sebarang teman. Harap dapat mengekalkan kebahagiaan ini ke akhir hayat. Insya Allah….