Bulan Mac, bulan yang banyak komitmen kewangan bagi Noli. Mana dengan hendak gantikan road tax dan insurans kereta, servis kereta dan perancangan untuk pulang ke kampung. Dalam hati Noli sering berdoa..semoga semuanya berjalan lancar.

Dah berfikir dalam hati..bulan ini tak bolehlah shopping over-over. Sebab banyak hal lebih mustahak yang perlu didahulukan.

Tidak disangka-sangka Noli dapat panggilan dari seseorang yang memerlukan bantuan Noli dan membawa Noli untuk ke luar daerah untuk bertugas. Noli minta pihak yang berkenaan minta lampu hijau dari bos dulu.

Nasib baik bos tidak ada masalah. Maka Noli dapatle tugasan luar daerah. Jadi dapatlah elaun dan claim sikit. Maka ringanlah sikit beban kewangan Noli untuk membayar urusan yang bertingkek-tingkek.

Pengalaman ini membuatkan Noli terharu. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui…Rezeki datang kena pada masanya…