Hujung minggu lalu Noli di JB atas urusan kerja. Waktu itu dua hari sebelum istiadat kemahkotaan dan ditambah pula cuti sekolah. Hotel di JB kebanyakannya penuh. Namun Noli dan rombongan berjaya menginap di sebuah hotel di tengah-tengah pusat bandaraya JB.

Rombongan kami daftar masuk lewat petang. Selepas pukul 6. Sebelum itu kami basah kuyup sebab terkena hujan di Pasir Gudang. Semuanya tidak sabar untuk ke hotel untuk membersihkan diri kerana kami keluar rumah 5 pagi dan sampai di KLIA 6.15 pagi. Flight KL-JB  7.25 pagi.

Bila masuk ke bilik kami lihat tidak ada tuala di bilik mandi. Noli pun call house-keeping. Jawapan yang diterima ‘Hotel memang tidak ada tuala dari pagi. Kalau ada nanti kami akan hantar ye.’ Boleh gitu?

Mujurlah Noli berkongsi bilik dengan kakak senior Noli yang berpangkat Datuk. Bila Noli cakap begitu padanya terus dia angkat telefon dan perkenalkan diri dan minta hendak bercakap dengan front office manager sambil membebel apa punya servis ni tak ada tuala.

Lepas 10 minit tuala pun sampai….hmmm lepas mandi, room mate dan beberapa kawan lagi membeli-belah di sebuah mall di JB. Rupanya bukan bilik Noli saja yang tak ada tuala. Bilik beberapa orang lagi dalam rombongan kami pun tidak ada tuala.

Ada yang lap badan guna bathrobe, ada yang bergolek atas katil untuk keringkan badan selepas mandi…