Cuti panjang hari pekerja Noli tidak ke mana-mana. Noli cuma off hari jumaat sahaja. Hari Sabtu dan Ahad perlu bekerja. Kerana sebelum sidang kemuncak ASEAN Noli dah cuti sakan sembilan hari.
Jumaat 1 Mei Noli ambil peluang manjakan diri. Selama ini Noli tidak bermewah-mewah manjakan diri kerana banyak komitmen kewangan. Masuk Mei 2015 alhamdulillah, beban kewangan beransur kurang.

Jumaat 1 Mei hari yang indah. Matahari memancar terik, langit biru. Noli ke Bangsar. Mula-mula cadang hendak ke waxing salon tapi penuh le pulak waktu lunch.
Jadi Noli pun jalan-jalan merayau-rayau sekitar Bangsar. Ternampak promo Hari Ibu spa MirrorMirror RM38 untuk manicure dan pedicure. Hmm boleh juga. Noli rasa dah tiga tahun tidak buat pedicure. Sampai kuku kaki pun warnanya dah nampak lain macam hahaha…..

Bila sampai salon tu Noli dapat tahu salon itu ada promosi urut dan macam-macam lagi. Ok lain kali boleh try treatment lain pula. Noli happy sangat tengok kuku kaki yang dah bersih dan berkilat2.

Selepas buat manicure dan pedicure Noli ke salon buat waxing. Full leg waxing, underarm waxing and brazillian waxing hahaha. Ini memang rutin bulanan Noli sejak dua bulan yang lalu.

Selepas buat waxing lapar le pula. Noli pun pergi makan dekat Pelita Bangsar. Lepas pergi Pelita, Noli pergi pharmacy Guardian dan kemudian ingatkan nak makan aiskrim dekat McDonald’s. Noli lalu satu salon macam menarik pula salon tu. Orang yang menunggu kat depan sambut pelanggan pun pandai ambil hati.

Nama salon tu Derrick&Team. Noli sememangnya kena trim rambut. Rambut memang dah teruk terlalu panjang dan semacam. Sampai ada orang buat lawak panggil Noli kakak rambut serabai. Ayo!

Dulu sebenarnya Noli sentiasa trim dan warnakan rambut. Tapi sejak Noli berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam kerjaya, dalam hidup dalam kewangan dan dalam kesihatan rutin itu sudah tergendala. Sampailah dapat tagline Kakak Rambut Serabai. Mimpi ngeri tu…..

Salon yang biasa Noli gunting rambut kat Bangsar tutup pula di Hari Pekerja. So pada hari pekerja 2015 pertama kali Noli jejakkan kaki di Derrick&Team Bangsar, menarik juga pengalaman pertama. Noli rasa Noli akan pergi lagi kot…

Gitule Noli sambut Hari Pekerja 2015. Manjakan diri dari hujung rambut sampai hujung kaki di Bangsar sahaja…..Yang penting Noli happy. Alhamdulillah