Pejam celik sudah kita sudah menghampiri pertengahan 2015. Setakat ini alhamdulilah segala yang Noli rancangkan dalam tahun ini berjalan dengan lancar.
Tiga tahun dulu Mei 2012 Noli mula menganggur. Sebelum itu Noli kerja sebagai penulis di sebuah syarikat swasta tapi Noli tidak bahagia. Noli pun mencuba nasib di sebuah syarikat berkaitan kerajaan tapi lagi tidak bahagia.
Masa itu Noli keliru, menyesal, rasa macam hendak bunuh diri pun ada. Noli cuba kembali ke syarikat lama namun tidak diterima. Dengan rahmat Allah Noli diterima ke sektor awam. Dan kini Noli sudah pun tiga tahun dalam sektor awam. Alhamdulillah. Hidup dan jiwa semakin tenang dan bahagia, kecuali berat badan makin naik, susah pulak hendak turunkan hahaha.
Noli bersyukur kepada Allah dengan pengalaman yang indah dan penuh warna warni menjadikan Noli seorang manusia yang semakin memahami erti hidup.
Noli berdoa hidup Noli semakin bahagia hingga ke akhirnya. Insya Allah.