Noli mula ke gym pada 1 April 2015. Sejak itu seminggu sekurang-kurangnya tiga kali Noli ke gym. Senaman kegemaran Noli ialah treadmill. Noli boleh berjalan sehingga 4 atau 5km dalam masa sejam. Slow lah tu hehe. Sebelum ini beberapa tahun dulu Noli rajin ke gym dan rajin bersenam. Namun kesibukan tugas stress dan bermacam-macam halangan membuatkan Noli sukar untuk bersenam setiap hari.

Selepas perasan Noli semakin gedabak terutamanya bila dalam gambar Noli pun insaf dan mula ke gym. Ketika mula menjejakkan kaki ke gym Noli tekejut kerana berat sudah menjangkau 91 kg. Patutlah ramai tegur sihat dan nampak begitu out of shape bila dalam gambar…kata Noli dalam hati.

Mulai 30 April saban hari Noli ke gym. Kalau hari Noli tidak ke gym Noli akan berjalan dari Kompleks KKMM ke bangunan Perdana Putra. Atau Noli akan memanjat bukit di hutan FRIM.

Semalam Noli ke gym lagi. Alangkah bahagianya bila Noli dapati Noli dah kurang hampir dua kg. Sebelum ini berat Noli 91kg semalam  berat Noli dalam 89 kg. Alhamdulillah….kita tengok berapa lama Noli boleh kekalkan disiplin ke gym.