Raya datang lagi. Sepanjang bulan Ramadan Noli sibuk. Tak sempat mengurut badan langsung. Cuma sempat pergi refleksologi sejam sahaja. Pulang berhari raya memang seronok. Tapi bila hilang seronoknya baru terasa sakit-sakit badan. Pulang berhari raya Noli memandu sendirian. Empat jam tanpa hati dari KL ke Pulau Pinang. Alhamdulillah lebuhraya PLUS clear dua hari sebelum Raya. Noli mula memandu jam 5.30 petang. Memang merancang untuk berbuka puasa dalam kereta. Noli buat bekal sandwic Subway yang dipotong empat supaya senang menyuap sambil memandu dan tiga botol air. Hari Raya ketiga Noli memandu kembali ke ibu kota. Paginya Noli breakfast Nasi Kandar di Line Clear. Line Clear tak berapa clear pada Hari Raya ketiga. Seawal 9.30 pagi barisan menunggu nasi kandar sudah panjang. Selepas pekena Line Clear Noli berhari raya di rumah seorang teman lama. Kemudian jam 11 pagi Noli mula memandu ke Kuala Lumpur. Jalan agak sesak kerana Hari Raya ketiga jatuh pada hari Ahad dan keesokannya hari bekerja. Noli sampai KL lebih kurang pukul 5.30 petang. Sampai di KL Noli sambung pulak berhari raya di rumah sepupu di Taman Melawati sampai 12 tengah malam. Esoknya hari pertama kembali bertugas selepas bercuti Hari Raya badan Noli lemau dan sakit-sakit. Selesai sahaja kerja Noli buat appointment di Thai Odyssey Tropicana City Mall. Kerana sakit badan Noli buat tempahan untuk urutan aromaterapi 90 minit. Noli katakan mahu keluarkan angin-angin dalam badan dan segarkan tubuh selepas sibuk sepanjang cuti Hari Raya. Urutannya enak sekali. Siap ada tuala panas yang diletakkan atas bahu. Siap urut kepala sedikit dan sentuhan di tapak kaki umpama refleksologi. Noli siap terlelap sebentar ketika diurut. Daripada 90 minit, 45 minit urutan di bahagian belakang badan dan beri tumpuan kepada otot bekalang Noli yang agak keras kerana banyak duduk dan banyak memandu. 45 minit lagi di bahagian depan badan, kepala dan bahu. Selepas diurut mata Noli betul-betul mengantuk. Tidur malamnya pun sedap . Keesokan paginya, alhamdulillah badan rasa begitu segar. Thai Odyssey sememangnya tempat yang boleh dipercayai kalau badan Noli sakit-sakit lagi selepas ini.