Tahun 2015 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi insya Allah. Bagi Noli tahun 2015 penuh dengan warna-warrni. Secara umum semuanya semakin baik pada tahun ini dari segi kewangan, kerjaya dan sebagainya.

Dari segi kewangan hutang semakin susut, sudah boleh bershopping barangan yang diingini berbanding dulu. Alhamdulillah. Dari segi kerjaya alhamdulillah semakin bahagia. Walaupun sangat sibuk.

Sebelum hari lahir Noli ada teman lama yang menghubungi Noli semula. Dia benar-benar dalam kesusahan. Kini kami kawan baik semula.

Cuma tahun ini riadah Noli agak kurang kerana jerebu yang agak teruk.