Esok 1 Dis, 31 hari lagi 2015 akan melabuhkan tirainya. Bagi Noli 2015 tahun yang indah kerana alhamdulillah keadaan dari segi kewangan dan kesihatan semakin baik. Cuma keadaan jerebu dan hujan kebelakangan ini yang menyukarkan Noli untuk beriadah. Apa lagi laluan favourite Noli di FRIM pula sudah ditutup.

Pada tahun 2015, dua teman lama yang pernah berselisih faham kembali menghubungi sebagai sahabat. Alhamdulillah, tiada lagi perasaan negatif terhadap mereka.

Tahun ini juga Noli semakin berdikari tidak lagi mengharapkan catch up times with friends. Lebih banyak memberikan tumpuan kepada aktiviti sendiri.

Noli lebih yakin dan bahagia dengan hidup kini. Tidak sandarkan harapan masa depan kepada sesiapa melainkan diri sendiri. Itu yang paling penting.

Noli berdoa 30 hari terakhir dalam 2015 ini akan menjadi lebih indah. Insya Allah. Dan semoga aura positif 2015 akan berterusan di tahun 2016.