Bila umur sudah meningkat banyak pula masalah kesihatan. Yang paling ketara bagi Noli ialah masalah kulit kering dan berat badan yang naik dan sukar dikawal.

Dulu sebenarnya Noli agak rajin mengambil supplement seperti virgin coconut oil dan olive oil. Namun masalah kewangan dan pelbagai masalah membuatkan Noli hilang fokus dalam penjagaan kesihatan.

Kini semuanya sudah kembali stabil. Dan dalam kesibukan Noli asyik terlupa nak ambil supplement semula kecuali lemon suam ketika bangun dari tidur.

Dalam seminggu ini Noli kembali makan sesudu minyak zaitun setiap hari. Dalam masa seminggu rasa macam kulit kering semakin berkurangan.

Harap lepas ni tak malas makan supplemen lagi. Boleh buat azam tahun baru.

Noli ada juga membaca tentang kebaikan minyak zaitun. Antaranya ialah mengurangkan dengkur ketika tidur. Bagus ni….