Noli pernah hilang kerja pada tahun 2002. Ketika itu Noli baru putus tunang dan kehilangan ibu beberapa bulan sebelum itu. Peritnya masa itu Allah sahaja yang tahu.

Saudara-mara cuma bertanya ‘Kerja ok ke?’ soalan yang mereka sudah tahu keadaan Noli cuma mahu dengar sendiri jawapan dari mulut Noli. Ramai juga yang pandang Noli sebelah mata aje masa itu. Ye lah sudahlah tak laku tak jadi kahwin, kerja pun melayang.

Noli bukan kena fired atau diberhentikan kerja. Noli kena retrenched kerana syarikat mengalami masalah kewangan. Noli dapat pampasan juga. Dalam puluh2 ribu. Cukup untuk makan beberapa bulan sebelum dapat kerja baharu.

Alhamdulillah selepas tiga bulan menganggur Noli dapat kerja dengan syarikat senaraian awam yang banyak membantu meningkatkan kerjaya Noli sehingga Noli menjadi siapa diri Noli pada hari ini.

Hari ini Noli banyak bersyukur dengan apa yang Noli peroleh dan nikmati. Terima kasih kepada pengalaman.

Baru-baru ini Noli dapat tahu sedara Noli yang dulu bapanya pernah hina Noli kerana bekerja dengan company Sdn Bhd selepas tamat belajar hilang kerja. Orang tuanya agak panik bila anaknya hilang kerja. Ini membuatkan Noli pelik.

Selama ini bapanya sering berkata dia kenal orang berpengaruh dan berkepentingan. Jadi kenapa perlu panik bila anak hilang kerja. Contact saja kawan-kawan tanya ada vacancy atau tidak. Bila lagi nak tunjuk kau kenal ramai orang besar?

Bila si ibu meluahkan rasa risau anaknya hilang kerja Noli kata come on Noli dulu hilang kerja mak takde ayah takde siapa pun takde. Dan alhamdulillah survive. Ini anak awak mak ada ayah ada husband pun ada takkan tak boleh survive.

Siapa sangka satu hari anaknya akan ada di tempat Noli 13 tahun dulu? Namun inilah lumrah hidup. Ada masa kita tonton orang lain berjuang dan ada masa orang lain pula tonton kita berjuang untuk survive.